Sunday, August 19, 2007

Keranamu, pemabuk!

Malam hujung minggu, ada saja jeritan pemabuk tengah malam. Sudah terbangun, buat apa pula?

Biskut Anzac

½ cawan tepung terigu
¼ cawan gula pasir putih
¼ cawan parutan kelapa
¾ cawan oat
50g mentega
1 sudu makan golden syrup
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan air mendidih

1. Panaskan ketuhar kepada 180^C.
2. Campurkan ramuan-ramuan kering.
3. Cairkan mentega dan golden syrup (boleh guna mikrogelombang).
4. Larutkan soda bikarbonat dengan air mendidih, and campurkan dengan mentega dan golden syrup yang sudah dicairkan.
5. Masukkan ramuan-ramuan basah kepada ramuan-ramuan kering dan gaul hingga sebati.
6. Letakkan campuran setakat penuh satu sudu makan atas dulang ketuhar berminyak, atau berlapis kertas minyak.
7. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau hingga perang keemasan.

Keputusan: boleh tahan, tapi bukannya sangat sedap sampai boleh menarik hati orang lain.

No comments: